Sunday, May 30, 2010

2010 Gadget Update

2010 Update
1) PSP - Yellow
2) Samsung Notebook N150 - Yellow
3) iPod - Pink
4) Nokia N71 - Black

*Additional
Dunhill Desire - Red
Avia Shoes Dreamer Gecko - White

*Wishlist
Superman's DC Heroes Shoes - Purple

Friday, May 28, 2010

Sandwich



Why sandwich?...pernah rasa tak hidup tersepit macam telur/daging/sardin/ayam dan sayur dalam sandwich? Stuck in the middle...

Kisahnya :

1) I**y*n F**ha*a - AKU - xGF Aku + Boyfriend Dia (dah jadi xBF dh skg nih)

2) S.M***** - AKU - Family Dia + xBF (dah sambung jadi BF balik,yang ni macam drama dalam TV..serius)

3) Fa**h*ni Y*so** - AKU - Tunang Dia(kes dia nak putus tunang xde kena mengena dgn aku ok!)

4) Su**ann* T**ul N**r*s - AKU - Boyfriend Dia (ni aku memang tak tau apa kesudahan dia)

SEBAB TULAH NICKNAME AKU SEKARANG REBOUND GUY....TEMPAT SINGGAH JE

Salah aku ke?...I'm not asking all this thing happen to me...dah takdir...aku hadap jela...aku tak takut pun berhadapan dengan semua ni...cuma aku pelik kenapa AKU?...orang lain aku tengok xde pun masalah mcm aku...

Thursday, May 27, 2010

Nota Panjang


Penangan asam pedas kat Melaka ni memang dahsyat. Aku datang kat Melaka ni atas dasar kerja...tapi tujuan asal itu berubah sebab sekarang ni aku rasa aku datang Melaka semata-mata untuk makan. Just imagine...RM50 p/day hanya untuk makan.

Breakfast : Roti Canai 4 Keping + Roti Tampal Sekeping + Teh O Ais


Lunch : Tak menentu....tapi most of the time McDonald & Big Apple
*motif makan McD kat Melaka?...macamla kat KL takde McD & Big Apple


Dinner : Yang ni memang saat yang dinanti-nanti....Asam Pedas Pokok Besar.
Kesudahan dia...hari-hari buang air besar keluar biji cili...hahaha

Rutin harian aku kat Melaka ni lebih kurang sama je...bangun pagi pukul 7.30.Lepas tu pergi memantau sekolah-sekolah yang buat persediaan untuk SUKMA. Lepas tu breakfast kat Sungai Udang...then balik sambung tidur.Petang baru keluar balik cari makanan....malam pergi meting.Aktiviti selepas meting adalah yang paling ditunggu-tunggu....DINNER...muahahahaha.

I'm quite happy with my life now. There's a lot of people start to give me a big responsibility to do handle some project. Tapi dalam gembira-gembira macam ni pun aku kadang-kadang rasa down jugak. Aku boleh handle tugas-tugas yang besar tanggungjawab dia...tapi aku susah nak manage hidup aku sendiri. Mungkin sebab aku ni terlalu berharap sesuatu yang aku rasa aku tak boleh capai...then aku terus berserah supaya benda tu datang...korang faham tak maksud aku?...Kalau tak faham...korang faham-fahamkanlah sendiri. Aku malas nak taip banyak-banyak.

Sunday, May 16, 2010

Ngehhh..!!!!

Suddenly I got this text from someone....

"U...U sedar x U ramai peminat?..hihi"

MOTIF!?

Monday, May 10, 2010

Kisah Kartini



Semua orang memang tak pernah tahu, lebih kurang 10 atau 11 tahun dulu aku pernah bercinta dengan karektor kartun...Kartini hasil ciptaan kartunis Tembakau. Aku mengikuti kisah Kartini dari awal kemunculannya pada zaman sekolah menengah sehingga akhir penceritaan kisah cintanya dengan Yon..masa ni dah lepas zaman universiti punya cerita...dan seingat aku ayat di akhir penceritaan kisah kekecewaan Yon terhadap Kartini berbunyi macam ni "Perkara yang paling kita nak adalah perkara yang paling kita takkan dapat...Allah Maha Berkuasa...pendek kata kalau kau dah berusaha banyak mana pun...kalau dia tak terima kau tak guna jugak..."

Bila teringat balik kisah aku dengan Kartini...sampai aku sanggup gunting gambar Kartini simpan dalam wallet....betapa aku mengagumi karektor tersebut...seorang wanita yang begitu firm dan solid dengan decision dia...she know what she want in her life....aku pernah terfikir yang aku takkan jumpa dengan wanita yang akan memegang watak Kartini dalam dunia realiti...

Tapi jangkaan aku silap...aku dah berjumpa dengan watak Kartini dalam dunia realiti...tapi aku ulang balik ayat terakhir Yon dalam cerita tu
"Perkara yang paling kita nak adalah perkara yang paling kita takkan dapat...Allah Maha Berkuasa...pendek kata kalau kau dah berusaha banyak mana pun...kalau dia tak terima kau tak guna jugak..."

So...faham-faham je la.....masuk angin keluar asap...

Owh...dan satu lagi ayat Yon yang aku masih ingat sampai sekarang "Dalam keadaan aku masih tercari apa makna masa depan, apa makna cita-cita, masih teraba-raba..aku boleh rindukan orang pulak!"

Sunday, May 9, 2010

Nota Kecik - Media Freak

Lately...I'm listening to Colbie Caillat's song...Realize... :)

Movie wishlist :
1) Prince Of Persia The sand Of Time....my favorite game of all time..
2) Robin Hood
3) Iron Man 2...already watch it...aku quite dissapointed dgn jalan cerita dia...

Monday, May 3, 2010

Rebound Guy



Aku tak kisah pun sebenarnya dengan keadaan aku yang macam ni. I'm used to it. Kalau rasa nak datanglah...datanglah....klu nak pergi pun pergilah.....

I have announcement to make :
Sape2 yg rasa kurang kasih syg tu....meh dtg sini meh....aku kn tempat persinggahan sementara......

Saturday, May 1, 2010

Sunday - Totally Hibernate

It's been Sunday already. Thank god...coz bagi rezeki lebih and bagi aku sedikit lagi kekuatan untuk aku kejar apa yang aku nak.

Hurm...last Friday, I just got a call from my friend ask me to help her put on pelamin and do some fresh flower's deco....*jgn ingat aku jantan aku tak tau buat benda2 ni semua ek!!!...Start working on Friday night at 9.30pm....membawak ke 5.00am....sampai rumah around 6.00am...then aku terus tido. Tak sampai 2 jam aku tido....handphone aku 'menjerit'..."You, bangun....dah pkul brp dah ni!?"..kelam kabut aku bangun, mandi, pakai baju...trus pegi Royal Chulan. Call time pukul 9.00am, aku bangun pukul 8.30am...boleh!?...Sampai pukul 9.00am...sharp!!...wahahahaha. Balik show pukul 12.00am, melayan mak2 datin kat sana poco-poco plak...layankan je. Kaki aku dah menjerit2 mintak berhenti dah ni.

Sambil-sambil aku buat keja..teringat pulak aku kat someone...kol xdapat pn....bz sangat keje kot...*isk...tak nak la layan benda-benda ni....nanti cakap aku pikir jauh sangat plak...

Nota Kecik

Waaargh...

me = not smart enough
me = kena ignore
me = nak panggil, tak nak pn kena panggil...aku pn tak faham
me = still alive
me = I just want HER so badly
me =