Sunday, January 11, 2009

Aku dan hujung minggu...

Hujung minggu...apa aku buat?..Let see....aku kemas rumah, tengok tv, makan pizza...apa lagi ek?..Oooo, aku tgk American Idol Season 7 Marathon (masa ni David Cook champion). Minggu ni aku rasa minggu yang agak bosan, sebab takde photoshoot dan aku tak banyak kerja nak di buat. Lagi satu sebab charger PSP aku dah rosak dan aku tak boleh nak main Need For Speed Undercover sebab takde bateri....arghh!!!!!!!

Berita gembira yang aku dapat minggu ni....member seangkatan aku Zeqhty Natrah (finalist Audition) dan Ismarizal nak kawin bulan Februari ni. Lepas tu member sesetan dan sedarah aku...Azrul Zaidi (Raja Lawak -kump. Cham) dapat jadi announcer untuk wedding Mawi dan Ekin kat Putrajaya...salloute la bro!!!

Berita gembira untuk aku plak...belum ada lagi. Pagi-pagi Isnin lagi tetiba ada orang call office aku marah-marah tak tentu pasal. Tetiba je....aku yang tak tau hujung pangkal ni pulak yang kena. Cuba la bagi salam dulu ke...sejuk sikit hati aku kan.

p/s : Liverpool seri dengan Stoke City?...aper citer....tension aku!!!!!!!!

Friday, January 9, 2009

Lepak-lepak....cuci mata...



Sekarang pukul 1.51am, 9th January 2009. Aku tengah lepak2 dekat kedai mamak belakang Petronas area ampang Puteri dgn member aku Pikiez, Amir n sepupu Botol. Biasala kalau dh ad aku, Pikiez n amir ni mesti cerita pasal fotografi la.....yg Si Piziez sibuk ajar sepupu Botol pakai photoshop. Kalau korang tengok muka kat atas ni....itu muka yang tak di'touch-up' lagi, muka ngantuk!!

Mata aku sebenarnya ngantuk nih....tapi bertahan jugakla sebab dah lama tak lepak dengan budak2 Sony Alpha nih. Minuman aku....limau ais, pedih tekak aku...yark!!!

Pastu ada cerita baik punya....ada awek sebelah ni duduk dengan Lindan Jasmin. Sibuk meng'usha' aku je. Muka boleh tahan....sekali bila aku perhatikan lehernya, alamak.....halkum besar penumbuk....wakakakakaka. Giller lawak pagi2 buta!!!!

Thursday, January 8, 2009

Baru.....

At last....berjaya juga aku kemas rumah. Dinding rumah aku warna merah...kontra betul. Gambar aku kat atas ni aku guna background dinding rumah aku la....baru lepas balik kerja.

Ermm....apa yang baru kat rumah aku tu? Sofa 'L' shape, meja ala2 Jepun, lampu...dan yang paling penting sekali laptop. HP ni merupakan laptop aku yang kedua selepas aku beli laptop pertama aku jenama Toshiba 2 tahun lepas. Puas hati aku...hahahahaha. Spesifikasi yang menarik RAM 3gb + Hard Disk 250gb + ATI Radeon + Lightscribe + Freebies + Photoshop CS3 = TAK TIDO MALAM

Tuesday, January 6, 2009

Azam 2009.....


Aduhai...lamanya aku x update blog aku nih. Rasa mcm ketinggalan zaman pulak. Selamat tahun baru la aku ucapkan kepada semua alaupun aku rasa ucapan aku ni agak lambat beberapa hari. Alamak...azam tahun baru aku apa ek?....

Mungkin....
1.Kumpul harta
2.Beli flash Sony yang paling menyengat F58 kepala Cobra
3.Nak tambah ilmu photography
4.Nak naikkan harga servis fotografi aku...
5.Berhenti merokok....owh, mungkin tidak

Perkara pertama yang aku buat pada tahun 2009 ....angkat barang sebab pindah rumah. Kontrak aku dengan rumah lama aku dah habis. Bukan tak boleh sambung...tp aku x suka sgt condition rumah tu sekarang. Lantai tercabut....suis tak boleh pakai. Time to change lah...



Satu perkara yang aku rasa sedih untuk 2009 adalah persembahan Puteri Gunung Ledang 3rd Season. Setelah 1st Season, 2nd Season dan Singapore Tour...musim terbaru kali ni tidak akan ada bayangan keluarga/kawan2 yang paling aku hargai. I dun know why....but most of them (termasuk aku) agak kecewa sebab tidak dipanggil untuk season terbaru ni. Mana tak nya....setelah bersusah payah menghidupkan Lagenda Puteri Gunung Ledang sejak dari awal...tiba2 tidak dipanggil. Mungkin mereka ada perancangan yang lebih baik, aku pun tak tau. But hopefully this theater will going better and better. Sebab aku rasa pementasan ni dah jadi macam darah daging aku dah....banyak sangat kenangan yang aku tak boleh nak lupakan.

Sunday, November 23, 2008

Tuesday, June 10, 2008

Kerajaan Untuk Kerajaan

Aku pun tak faham dengan politik sekarang. It's getting funny. The latest news I heard was Sanusi Junid got fired from UIAM. What is this? Datuk Mukhriz pun dipertikaikan jawatannya dalam SIC. Takkan jawatan-jawatan besar dalam Malaysia ni just for golongan yang menyokong kerajaan je kot.

Gaji kakitangan kerajaan diberi 2 bulan sekali....believe me or not, a lot of them yang tak sokong langsung cadangan ni daripada yang menyokong. They just think all the desicion that they've made are gonna get support from people. Sebenarnya bagi aku, semua yang di lakukan oleh kerajaan baru kita ni semuanya melangkah kebelakang.

Aku ni bukannya Anti-Government atau nak bercerita pasal politik. Tapi benda-benda macam ni la yang membuatkan rakyat marah bila dengar. Nanti ada la yang tak puas hati buat tunjuk perasaan la, mogok la.

Pasal minyak pulak.....aku sebenarnya tak kisah sangat pasal kenaikan minyak ni coz i'm not really into it. Syukur jugakla masih ada lagi sedikit subsidi yang diberikan kat kita walaupun RM0.30. Yang aku marah harga makanan asas naik....aku nak masak kat rumah pun berfikir panjang sebab sekarang ni kos makan di luar pun sama juga harganya dengan makan di rumah.

So....I hope all Malaysians just keep in mind that it's not the right time to getting enjoy lagi dah sekarang. Nak enjoy kena kerja keras. Aku pun sekarang nak kena cari job tambahan yang dah lebih kurang 4 bulan aku tak buat. Anybody need a dancer, performer or photographer(for low budget) just give me an E-mail okay BOOMKAT82@YAHOO.COM

Monday, June 9, 2008

Aku & Kayu Golf

This is the very nice story I want to share...last week on Friday CEO company aku ajak main golf. Tapi bukanlah golf sebenar, just simulation je. Tempatnya kat Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof.

Sampai je aku di sana aku diajar cara-cara untuk memegang kayu golf oleh Lester, Head of Finance Dept. Dia turut mengajar aku cara-cara untuk 'putting'(pukulan jarak dekat). Aku punyalah ketawa gila-gila. Mana taknya, bola golf yang jaraknya sejengkal je dengan lubang pun aku tak boleh nak masukkan.

Kami bermain keseluruhan permainan yang mempunyai sembilan lubang. Aku cuma dapat masukkan satu kali je. Aduhai....sedih sungguh. But it's good for the first timer like me, though. Hahahahaha...

It's really fun. I had a great time there. Hope it was not the first and the last time for me to play golf. Sesiapa yang nak lepas geram tu bolehla melepaskan geram mereka dengan bola golf. Pukul kuat-kuat.....