Monday, May 10, 2010
Kisah Kartini
Semua orang memang tak pernah tahu, lebih kurang 10 atau 11 tahun dulu aku pernah bercinta dengan karektor kartun...Kartini hasil ciptaan kartunis Tembakau. Aku mengikuti kisah Kartini dari awal kemunculannya pada zaman sekolah menengah sehingga akhir penceritaan kisah cintanya dengan Yon..masa ni dah lepas zaman universiti punya cerita...dan seingat aku ayat di akhir penceritaan kisah kekecewaan Yon terhadap Kartini berbunyi macam ni "Perkara yang paling kita nak adalah perkara yang paling kita takkan dapat...Allah Maha Berkuasa...pendek kata kalau kau dah berusaha banyak mana pun...kalau dia tak terima kau tak guna jugak..."
Bila teringat balik kisah aku dengan Kartini...sampai aku sanggup gunting gambar Kartini simpan dalam wallet....betapa aku mengagumi karektor tersebut...seorang wanita yang begitu firm dan solid dengan decision dia...she know what she want in her life....aku pernah terfikir yang aku takkan jumpa dengan wanita yang akan memegang watak Kartini dalam dunia realiti...
Tapi jangkaan aku silap...aku dah berjumpa dengan watak Kartini dalam dunia realiti...tapi aku ulang balik ayat terakhir Yon dalam cerita tu
"Perkara yang paling kita nak adalah perkara yang paling kita takkan dapat...Allah Maha Berkuasa...pendek kata kalau kau dah berusaha banyak mana pun...kalau dia tak terima kau tak guna jugak..."
So...faham-faham je la.....masuk angin keluar asap...
Owh...dan satu lagi ayat Yon yang aku masih ingat sampai sekarang "Dalam keadaan aku masih tercari apa makna masa depan, apa makna cita-cita, masih teraba-raba..aku boleh rindukan orang pulak!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment