Thursday, May 27, 2010
Nota Panjang
Penangan asam pedas kat Melaka ni memang dahsyat. Aku datang kat Melaka ni atas dasar kerja...tapi tujuan asal itu berubah sebab sekarang ni aku rasa aku datang Melaka semata-mata untuk makan. Just imagine...RM50 p/day hanya untuk makan.
Breakfast : Roti Canai 4 Keping + Roti Tampal Sekeping + Teh O Ais
Lunch : Tak menentu....tapi most of the time McDonald & Big Apple
*motif makan McD kat Melaka?...macamla kat KL takde McD & Big Apple
Dinner : Yang ni memang saat yang dinanti-nanti....Asam Pedas Pokok Besar.
Kesudahan dia...hari-hari buang air besar keluar biji cili...hahaha
Rutin harian aku kat Melaka ni lebih kurang sama je...bangun pagi pukul 7.30.Lepas tu pergi memantau sekolah-sekolah yang buat persediaan untuk SUKMA. Lepas tu breakfast kat Sungai Udang...then balik sambung tidur.Petang baru keluar balik cari makanan....malam pergi meting.Aktiviti selepas meting adalah yang paling ditunggu-tunggu....DINNER...muahahahaha.
I'm quite happy with my life now. There's a lot of people start to give me a big responsibility to do handle some project. Tapi dalam gembira-gembira macam ni pun aku kadang-kadang rasa down jugak. Aku boleh handle tugas-tugas yang besar tanggungjawab dia...tapi aku susah nak manage hidup aku sendiri. Mungkin sebab aku ni terlalu berharap sesuatu yang aku rasa aku tak boleh capai...then aku terus berserah supaya benda tu datang...korang faham tak maksud aku?...Kalau tak faham...korang faham-fahamkanlah sendiri. Aku malas nak taip banyak-banyak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment